KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM6.2 juta yang dirampas bermula 1996 hingga tahun ini melibatkan 3,557 kertas siasatan.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata dadah itu dilupuskan selepas mendapat perintah mahkamah berikutan prosiding telah selesai dan tempoh rayuan bagi hukuman yang dikenakan kepada pesalah terbabit tamat.
Beliau berkata jenis dadah yang dilupus termasuk heroin, ganja, pil yaba, syabu, ketamin, daun ketum, ubat batuk, eramin 5, dan pil psikotropik.
"Kesemua bahan terlarang ini akan diserahkan kepada Kualiti Alam Sdn Bhd, syarikat yang berdaftar di bawah Jabatan Alam Sekitar untuk dilupuskan. Pelupusan perlu dijalankan oleh syarikat berdaftar kerana barangan kes dadah adalah bahan buangan berjadual di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Berjadual) 2005.
"Ini juga menunjukkan ketelusan dan integriti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan tiada barang kes dadah disalah guna," katanya pada Majlis Serahan Barangan Kes Narkotik Bagi Program Pelupusan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu.
Dalam pada itu, Mazli berkata sepanjang tahun ini pihaknya merekodkan sebanyak 739 kes di bawah kategori bekalan melibatkan Seksyen 39B, 39A(2) dan 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, telah dibuka dan hampir 96 peratus daripadanya berjaya dituduh di mahkamah.
Bagi kategori permintaan yang meliputi Seksyen 12(2) dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya pula, sebanyak 1598 kes telah dibuka dan 94.06 peratus daripadanya berjaya dituduh di mahkamah.
"Peningkatan pertuduhan dua kategori kesalahan ini memperlihatkan tindakan drastik PDRM Terengganu dalam memastikan kegiatan pengedaran dikurangkan ke tahap minimum.
"Sepanjang tahun ini juga polis Terengganu telah mengambil tindakan ke atas 838 orang di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 02 2023
Mazli (dua dari kanan) menunjukkan antara barangan kes yang akan dilupuskan dengan diserahkan kepada syarikat Kualiti Alam Sdn Bhd di Bawah Jabatan Kualiti Alam Sekitar. - Foto Sinar Harian
Kelantan Darul Naim FC, GTR Burger jalin kerjasama pintar
Menurut kelab itu, pihak pengurusan KDN FC diwakili presidennya, Rozi Muhamad manakala GTR Burger pula pengerusinya, Nordin Mat.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
Tinjauan NHMS mendapati 10% rakyat Malaysia tidak dapatkan rawatan atas faktor kewangan
Sebanyak 12.9% melaporkan bahawa ia adalah kerana rawatan terlalu mahal, tidak mampu dibeli, atau kerana kekurangan wang.
Haji: Seramai 5,790 jemaah Malaysia telah tiba di Tanah Suci
Sehingga semalam, 5,790 orang daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dapat tawaran selamat tiba di Mekah dan Madinah.
Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Perak
106 mangsa banjir dipindahkan ke lima PPS susulan hujan lebat malam tadi di Perak. Credit: JBPM Perak
Banjir kilat di Kulim dan Bandar Baharu
Seramai 133 mangsa banjir kilat dipindahkan ke dua PPS yang diaktifkan di Kedah. - Credit APM Kedah
Seorang maut, nahas tiga lori di Lebuhraya PLUS, laluan arah selatan terhalang
Ekoran kemalangan itu, sebuah lori melintangi jalan dan semua lorong terhalang, menyebabkan aliran trafik terhenti sepanjang 13 kilometer.
Banjir kilat: 133 mangsa dipindahkan ke dua PPS di Kedah
Semua mangsa yang dipindahkan melibatkan 31 keluarga iaitu di daerah Kulim dan Bandar Baharu dipindahkan sejak jam 4 pagi tadi.
Banjir kilat: 106 mangsa dipindahkan ke lima PPS di Perak
Seramai 106 mangsa dari 33 keluarga telah ditempatkan di lima PPS di tiga daerah iaitu Hilir Perak, Larut Matang Selama dan Kuala Kangsar.
Malaysia, Kazakhstan sepakat perkukuh hubungan, teroka kerjasama baharu
Malaysia dan Kazakhstan sepakat untuk terus memperkukuhkan hubungan yang terjalin sejak 16 Mac 1992, serta meneroka peluang kerjasama baharu.
Polis N.Sembilan lupus dadah bernilai hampir RM500,000
Ia membabitkan 36,445.41g dadah termasuk heroin, methamphetamine, ganja dan ketamin selain 47.3 liter kodien dan 586kg daun ketum.
Polis Terengganu lupus dadah lebih RM6 juta
Polis Terengganu melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM6.2 juta yang dirampas bermula 1996 hingga tahun ini.
Polis KL lupus dadah bernilai RM8.89 juta
Polis akan melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM8.89 juta yang dirampas sekitar ibu negara dari 2001 hingga 2021, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid.
Polis Kelantan lupus dadah lebih RM90 juta
Polis Kelantan melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM90.287 juta yang dirampas sepanjang 17 tahun bermula 2006 lalu.
Polis Sarawak lupus dadah bernilai RM1.78 juta
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Sarawak hari ini melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM1.78 juta yang dirampas sejak 10 tahun lepas.
Polis Perak lupus dadah bernilai RM58 juta
Ia melibatkan 10 jenis dadah seberat 1,561.4 kilogram, daun ketum 2,773.7 kilogram dan 1.7 juta liter cecair ketum serta ubat batuk.